Sebiji epal

April 19th, 2006 by jjohana

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun dipucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar selera. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih belum dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apakah kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku ya ng berkilau dan kulitku licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang bergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dicuit-cuit dibelek-belek dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar risau. Daripada risau bertukar menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan…akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. 

kata-kata

April 10th, 2006 by jjohana

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita kejalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

happy anniversary

April 10th, 2006 by jjohana

Imag0023_1

happy aniversary mak n ayah..ini tahun yang ke 28 (atas kek silap tulis 27). saja celebrate lewat seminggu buat suprise..hehehe..mak n ayah memang tak jangka pun…semoga mak dan ayah kekal berbahagia dengan ikatan perkahwinan ini bersama dengan anak-anak yang nakal dan degil (terutama akula tapi aku yg paling sentimental…i’m the eldest but i act like i’m the youngest - mak dan ayah selalu kata kat aku). mak dan ayah our idol n spirit. we love both of u very much.

IRIS…..

March 27th, 2006 by jjohana

Kau masih ku cintai…sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untuk ku

Kau masih dewi hati ku…sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar…sayang…usah ragu
Aku milik mu

Cinta ku jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar takkan hilang
Akan kusinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu

Cinta ku jika kau lihat tingginya awan
Takkan tercakar tinggi cinta ku
Hanya hati ku tahu apa mahu ku
Dan duniaku pastinya milik mu
Hingga ke akhir hayat ku…

Kau masih ku cintai…sungguh…
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti…yakin dan pasti
Engkau milik ku…

somebody wrote this in my personal diary…."somebody" please sing this song to me..

kecintaan

March 14th, 2006 by jjohana

Bunga melati bunga di darat
bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
hina manusia tidak berbudi

Bagaimana hendak saya longgokkan
sekam ditaruh dalam salang
Bagaimana hendak saya sorokkan
manikam jatuh cahayanya terang

Sayang selasih dibuat main
air perigi dingin terasa
Sayang hati tidak pada yang lain
walau tuan jauh dimata

Segak gagah putera bistari
puteri manja kesayangan ratu
Seri wajahmu igauan mimpi
senyum kerlingan penawar rindu

pantun melayu..menarikkan..cantik bahasanya. pantun, syair, sajak, gurindam, seloka..dah lama aku tak menghabiskan masa dengan menghayati semua ini. Sibuk..satu asalan yang mungkin dicipta. kerugian..kerana alasan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab kecintaanku makin terkubur. buntu rasanya bila ingin meluahkan sesuatu dalam bentuk yang lembut dan terindah. puisi melayu membayangkan betapa jiwa dan peribadi bangsa itu lembut namun terserlah ketegasannya. moga aku dapat membahagikan masa antara tanggungjawab dan tugasku dengan baik untuk memberi sedikit ruang pada diriku bercinta dengan bahasa dan seni. ketenangan dan kedamaian ada padanya. kebanggaan kepada seni warisanku. membuai perasaan. membangkit semangat dan kecintaan. 

Lagu untuk ibu

March 1st, 2006 by jjohana

Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

minggu yg sibuk

February 17th, 2006 by jjohana

minggu yang apling sibuk..mak ayah baru balik dari tanah suci..alhamdulillah..semuanya sihat. xcited sangat nak tunggu mak ayah balik. sebab dah banyak hari rindu sangat nak peluk mak..hope mak know my feeling..dan masa mak keluar tu mak terus meluru kat aku dan peluk..i miss u mak..really2. sepanjang mak ayah tak dak aku belajar mcm mana susahnya tanggungjawab seorang mak dan ayah..hehehe banyak bil yg tertunggak sebab aku tak sempat nak pi bayar. 2 minggu sebelum mak balik sibuk aku ke sana sini membayar segala jenis bil. nasib baik kad kredit aku dah bayar awal2 nanti bising la ayah..ayah bising? ayah tak reti bising tapi aku la segan kalau ayah tanya dah sattle belum? maklumla dia bagi duitkan..aku belajar mcm mana nak handle duit..uihh aku menguatkan iman ku dari godaan kemudahan kewangan yg berada dalam tangan ku..

nak jadikan cerita dapat surat ada examla pulak rabu dan khamis tu..aduss mcm mana nihh..keja dah la banyak. dahla awal minggu ahad ngan isnin aku cuti that’s mean aku pi keja hari selasa ja..minggu ni juga aku jumpa xschool and xclassmate aku. kami jumpa kat alor staq..mana lagi. masing2 banyak perubahan ada yang sama mcm dulu ada yg dah berubah. maklumlah masing2 dah keja. semua dah keja. tapi ada juga yg masing mencari destini yg kukuh untuk sebagai perhentian dan memberi komitmen sehingga bersara. 10 tahun dah kami tinggalkan alam persekolahan. maca baru jer..sebenarnya rasa mcm mudala..still teenager. heheheehe..bila dah lepak makan then apa lagi gosip la..best mcm dulu2. then spend masa kat star parade. dulu lepas sekolah ada jugala kami pi round2 kat shopping complex tapi just window shoppingla maklumla time tu status bawah tanggungan ibu bapa..nak aper2 pun kena mai next time lepas dapat sponsor dari FAMA (father and mother). aku sempat juga senyum sorang2 tgk gelagat kawan2 termasuk diri aku sendiri skrg ni sambil jalan usha2 barang ada berkenan pi dekat lepas tu tukar hakmilik..dulu beli barang pakai cash but now card credit..kehkehkeh..masa berjalan pantaskan..dulu kalau boleh beli something yg harga about RM100 dah cukup besar but now kadang2 keinginan kita dah mencapai 4 digit. ada yg remind pasal janji nak buat reunion after 10 year. tahun nilah..aku ok jer..kebetulan ada sorang member kitaorg exec kat salah satu hotel berstar aku terus usulkan diala usahakan..hehehe..but kenalah tubuh comitee dulu..so satu pengumuman akan dibuat..tungguuuuuu kalau ada rezeki kita aku berjumpa. xcited dan happy sangat dapat jumpa kebanyakkan my old friend but i’m also miss all my best friend kat office. i’m also miss my sweet best friend DIDA..miss u ya baby..hope u have a lovely day. aku rasa tahun ni Februari adalah friendship month untuk aku..

dan tak sudah2 aku terima kejutan coz off my birthday..second suprise dari my family pulak..start from my hubby ambik aku dari opis (dia cuti lagi time tu) ajak aku singgah kat Old Country hehehehehe best woo tempat tu..nak tau apa dia kenala mai changlun. mak aku plak call tolong singgah beli barang..alaaa mak ni kacau sungguh..hehehe sorry mak..tak dapat la den nak dating lama2..balik rumah semua org buat biasa ja..dah lepas isyak aku pi dapur jeng..jeng..jeng ada kek dan makanan..uhhh..oklah thanks mak ayah adik n hubby. I LOVE U ALL VERY MUCH. yg lebih mengharukan malam tu lepas makan pi hantar my hubby balik bila balik rumah balik suprise ada something atas katil dan ada kad tergantung kat cermin..so sweet ada CD lagu lagi. thank honey..then i call him to say thank you and i love u..have a nice journey yaaa…don’t forget about me..minggu depan ada minggu yg penuh sibuk bagi aku…

Birthday N Friendship

February 9th, 2006 by jjohana

hepi beday to me….

firstly sedihh sangat coz semua yg special to me was not around..mak ayah ke mekah..esok balikk…bestt..rindu sangat..my hubby mcm semua maklum di kl..tapi tak per esok dia balik..i wish i can get my strawberry n vanilla cake..30 minute before 12 at night he call just sembang2…tetiba 10 minute sebelum 12 dia dah nak letak..mengantuk…what mengantukk??? emm..sedih..tapi oklahh tak nak tunjuk yg kiter frust..then he call back to wish hepi beday to me..ask me nak aper untuk birthday..hehehehee…kita pinjamla ayat drama jap..apa2 pun tak pa..just wish pun dah make me happy…are u sure??? i nak tu..then i nak nihh…kehkehkeh…

yang lebih beshh..pagi ni bila pi keja..ada suprise…my fren buat suprise birthday party to me…uhhh..terharu sangat diaorg betul2 prepare.. mcm2 ada..sanggup masak laksa for me..itu yg paling terharu. sebab hari tu nak sangat makan laksa tapi habis. semalam beli laksa tak sedap..tapi bila kak syima buat laksa..uihh sedap sangat ikhlas nihh…rasa semua apa yg sepatutnya kita rasa bila kita makan laksa..ada kek..kuih..makanan ringan..tini ngan kak za thanx sebab sanggup bersusah payah datang awal buat preparation dah ler semalam penat dengan budak2 plkn..mashi and nana ker pun thanx….ooo patut semalam aku call hampa keluaq nooo…tak layan call aku..rupanya pi beli barang2..

happy ada..sedih ada..mcm mana yer nak tinggalkan kawan2 yg baik cam ni..moga2 persahabatan kita akan kekal selamanya walaupun satu hari nanti kita akan berjauhan (korang fahamkan)..mesti aku rindu sangat dengan korang semua..kak syima..tini..mashi..nana dan kak za..hari2 kita dok merapu dan share everything susah dan senang…I LOVE U ALL..

Kau Di Hati Ku

Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tanganku dan digenggam erat
Ku melindungi dari apa yang datang
Berhentilah menangis

Tubuhmu kecil bertenaga
Dalam dakapanku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau dihatiku
Kau dihatiku
Hari ini dan selamanya

Kau di hatiku
Walau apa katanya
Oh… kau di hatiku
Selamanya

Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami
Tiada apa yang berbeza

Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu dan membantu
Di suatu masa kutahu

Destinasi tiba kau harus tabah
Ku ‘kan bersamamu bersabarlah
Di suatu masa kutahu
Buktikan bersama kau

Selamanya
Bersamamu
Ku selalu bersamamu
Selama-lamanya

Pandanglah ke bahumu
Di sisimu selamanya

Beday2  Beday3_1 Sendeng_kat_sapa_tu Ni_nampak_pisauberani_mai_dekat Aikkjgnla_jelingg 

Sibuk_hidangkan_makanan_utk_akuheheheIni_cikgu

terindah

February 8th, 2006 by jjohana

mula2 aku tak suka sangat bila dengaq lagu nih…tapi bila aku dengar betul2..menarik liriknya..aku suka sangat..takkan melupakanmu…takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu..ku bersumpah. Semoga kau juga sama…Doa kita..

terindah
lagu yang terindah
sengaja ku cipta
untukmu yang terindah
semoga dapat meluluhkan
segala keraguan
semoga dapat menghancurkan
kerasnya batu prasangka

aku
takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu
ku bersumpah

aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta
yang membara

andainya
engkau dipelukku
lepaskan resahmu
bebaskan jiwamu
dari prasangka
prasangka burukmu
dari kerana
berbatu curiga

aku
takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu
ku bersumpah

aku
tak ingin mengingkar janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta
yang membara

senyumlah berlatih
sambutlah mentari
raihlah cintamu
hari iniiii

aku
takkan melupakanmu
takkan meninggalkanmu
takkan menduakan cintamu
ku bersumpah

aku
tak ingin mengikat janji
tak ingin menjadi duri
tak ingin menjadi api cinta
yang membara

warisan

February 6th, 2006 by jjohana

Pahlawanku

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang

Imag0023

Imag0022

Warisan

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Ilham Pujangga

Ilham dari pujangga
Berdiam diri bukan ertinya kau kalah
Biar cercaan sekali datang menimpa
Sudahlah memang adat di dunia
Bersuaralah kamu pada perkara berguna
Itulah sifat orang bijaksana

Berikanlah tenaga untuk nusa dan negara
Ini zaman kemajuan
Jangan kita ketinggalan

Kasih sesama manusia
Seperti anda sayangkan diri anda
Pandang yang satu kepada yang ramai sayang
Pandang yang ramai kepada yang satu

Sungguhkanlah hatimu
Pertahankan ibu pertiwi
Jauhkanlah dirimu
Terkenal di seluruh dunia

Maaf muda dan mudi
Kususun jari sepuluh
Aku bukanlah seorang pujangga
Hanya seorang penyanyi biasa