Archive for October, 2005

RAMADHAN DATANG LAGI

Monday, October 3rd, 2005

Selamat Berpuasa buat semua kawan-kawan. Setiap kali puasa setiap kali itulah aku berazam untuk jadi lebih baik … berazam untuk banyakkan amal ibadat…azam untuk banyakkan ibadat…semoga kali ini aku lebih berjaya dari tahun-tahun yang sebelumnya…semoga tidak seperti tahun2 sebelum ni..biasalah berazam tetapi buat tak bersungguh2..

Ramadhan datang lagi. Ini mengingatkan aku pada ramadhan tahun lepas (2004). Hari pertama aku dan keluarga sambut puasa di hospital (SJMC). Hari pertama buka puasa pula di KLIA. Tahun lepas merupakan tahun yang penuh dengan ujian kepada kami sekeluarga. Alhamdulillah kami berjaya lalui semua dugaan dan cabaran. Cubaan dari Allah menguji kekuatan hati dan pegangan kami..menguji ikatan kekeluargaan kami. Semua orang sayang keluarga masing-masing. Dan kami berjaya buktikan bahawa sokongan dari keluarga terdekat dan rakan-rakan cukup beerti dan mampu menguatkan semangat. Aku bangga punya ayah dan mak yang cukup kuat. Ayah uruskan sendiri segala-gala perkara berkaitan dengan pembedahan yang bakal dilalui dan keperluan selepas pembedahan. Mak adalah teman dan peneman setia ayah. Mak cukup tabah. Kami semua perlu tabah demi beri kekuatan pada ayah. Bukan kecil pembedahan yang bakal dilalui. Pembedahan pintasan jantung… Hanya Allah yang tahu perasaan kami pada masa itu. 7 oktober 2004 …9 jam penantian yang cukup panjang. Kami bersedia segala-galanya..segala ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Alhamdulillah pembedahan menunjukkan hasil yang positif. Berkat doa kami dan semua. Semasa ayah di ICU setiap pagi pukul 8.30 mak akan ke hospital. Aku dan adik akan pergi pada waktu tengah hari. Sehingga malam. Di situla dunia kami 2 minggu…ramai sudah yang kami kenal di SJMC. Kebanyakkan adalah keluarga yang menunggu ahli keluarga yang sakit. Selama 2 minggu jugalah kami adalah muka yang paling famous di Sheraton Subang Jaya. Nasib baik dekat 5 minit saja berjalan kaki. Dan yang paling bosan asyik makan nasik kandar..emmm…itu satu2 restoran yang berdekatan. aku jarang je cafe di hospital sebab selalu ramai org di situ. tambahan pula dekat dengan surau.

Alhamdulillah kini ayah makin sihat. Dah kembali bekerja. Dan yang paling gembira bila lihat badan ayah dah tak terlalu kurus. Mak kata tak lawa kurus sangat..heehehehe. Tapi apa2 pun aku cukup bangga dengan kesetiaan mak, kecekalan ayah dan kasih sayang dari adik2..adik dan abang I LOVE U very much..dan juga keprihatinan dan sokongan yang diberikan oleh tunang ku (pada masa itu baru bertunang, sekarang dah jadi suami..;) ). I LOVE U bebeh….Cukup sabar dengan aku..Setiap hari lepas keja datang menjegok kami di hospital sampaila malam baru balik…Tengok2 kalau ada keperluan yang kurang.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya…Kalau tak kerana aku berkerja di tmp skrg dan ada bos yang cukup prihatin tak mungkin aku dapat menjaga ayah dengan baik sehingga ayah baik. Thanks pada Dr. Najib…Dr. Che Su ..Kak Ina dan Kak Hanim. Sebab faham keadaan pada masa tu. Sedangkan masa tu kita semua tengah sibuk dengan final report..

Sekarang aku berpegang setiap yang berlaku dan setiap yang kita buat ada hikmah disebaliknya..Dulu aku memberontak..hehheee..sebab apa? Sebab dulu aku nak study bidang lain…Tapi mak suruh ambik lain..Tapi kalaula aku teruskan dengan bidang kesukaanku mungkin aku tak dapat jaga ayah dan aku juga tak jumpa my lovely hubby…Mak ..ayah thanks sebab jaga orang dengan baik..Semoga Allah akan pelihara mereka dan semoga aku dapat menjaga mak dan ayah bila mereka dah tua atau sakit. Kalau umurku tak panjang aku harap adik dan abang jaga mak dan ayah baik2..Aku yakin mereka mampu lakukan.

SELAMAT BERPUASA. SEMOGA PUASA KITA KALI INI ADALAH LEBIH BAIK DARI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS DAN SEMOGA KITA BERTEMU DENGAN LAILATUL QADAR…..