Archive for November, 2005

C.I.N.T.A

Wednesday, November 30th, 2005

Hari-hari kita memperkatakan tentang C.I.N.T.A

Kenapa kita menutup mata ketika kita tidur?
Ketika kita menangis?
Ketika kita membayangkan?

Itu kerana hal terindah di dunia ini
TIDAK TERLIHAT…

Ketika kita menemukan seseorang yang
keunikannya SEJALAN dengan kita
kita bergabung dengannya dan jatuh ke
dalam suatu keanehan
serupa yang dinamakan CINTA
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan
Orang yang tidak ingin kita tinggalkan
tapi ingatlah…
melepaskan BUKAN akhir dari dunia
melainkan awal suatu kehidupan baru
kebahagiaan ada untuk mereka yang telah
mencuba kerana MEREKA lah yang bisa
menghargai betapa pentingya
orang yang telah menyentuh kehidupan
mereka

CINTA yang AGUNG? Adalah ketika kita
menitikkan air mata
dan MASIH PEDULI terhadapnya…
adalah ketika dia tidak mempedulikan kita
dan kita MASIH MENUNGGU nya dengan setia
Adalah ketika dia mulai mencitai orang lain
dan kita MASIH bisa TERSENYUM
sambil berkata

"Aku turut berbahagia untukmu"

Apabila cinta tidak berhasil…
BEBASKAN diri kita
biarkan hati kita kembali melebarkan
sayapnya dan terbang ke alam BEBAS lagi
Ingatlah…bahawakita mungkin menemukan cinta
dan kehilangannya
tapi ketika cinta itu mati
kamu TIDAK perlu mati bersamanya…
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu
MENANG melainkan mereka tetap TEGAR ketika
mereka jatuh

Entah bagaimana dalam perjalanan kehidupan
kita belajar tentang diri kita sendiri dan menyedari
bahawa penyelesaian tidak seharusnya ada
HANYALAH penghargaan abadi atas pilihan-
pilihan kehidupan yang telah kita buat

TEMAN SEJATI..
mengerti ketika kita berkata "Aku lupa…"
menunggu selamanya ketika kamu
berkata, "Tunggu sebentar…" tetap tinggal ketika
kita
berkata "Tinggalkan aku sendiri…" membuka pintu
meski kita belum mengetuk
dan berkata "Bolehkah saya masuk…?"

MENCINTAI…bukanlah bagaimana kita melupakan
melainkan bagaimana kita MEMAAFKAN
dan bukanlah bagaimana kita mendengarkan…
melainkan bagaimana kita MENGERTI
bukanlah apa yang kita lihat
melainkan apa yang kita RASAKAN
bukanlah bagaimana kita melepaskan
melainkan bagaimana kita BERTAHAN…
Lebih berbahaya mencucurkan air mata dalam hati
dibandingkan menangis tersedu-sedu
air mata yang keluar dapat dihapuskan
sementara air mata yang tersembunyi
menggoreskan luka yang tidak akan
pernah hilang

Dalam urusan CINTA
kita sangat jarang menang..
tapi ketika CINTA itu TULUS…
meskipun kalah, kita TETAP MENANG hanya
kerana kita berbahagia dapat mencitai seseorang
lebih dari kita mencitai diri kita sendiri
akan tiba saatnya di mana kita harus
berhenti mencintai seseorang bukan kerana orang
itu berhenti mencitai kita
melainkan kerana kita menyedari
bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya
apabila kita benar-benar mencitai
seseorang jangan lepaskan dia
jangan percaya bahawa melepaskan selalu
bererti kita benar-benar mencintai…

MELAINKAN…berjuanglah demi cinta kita
itulah CINTA SEJATI…
lebih baik menunggu orang yang kita inginkan
daripada berjalan bersama orang yang
tersedia kadang kala, orang yang kita cintai
adalah orang yang paling menyakiti hati
kita dan kadang kala teman yang menangis
bersama kita
ADALAH CINTA YANG TIDAK KITA SEDAR……..

tREX-MyLoStWORld

Uhhh….C.I.N.T.A..pelbagai tafsiran dapat diberikan. Ada orang yang dapat mentafsirkannya secara mudah dan mendalam dengan senyuman dan wajah yang berseri-seri dan C.I.N.T.A juga kadang-kala ada yang mengungkapkannya dengan satu keluhan dan bebanan yang cukup berat..C.I.N.T.A terlalu luas maknanya dan mempunyai maksud yang tersendiri bagi setiap insan…Yang pasti bila kita mengungkapkan soal C.I.N.T.A padaNYA diri terasa dimiliki walaupun tidak melihat tetapi dirasai hanya dengan satu keyakinan, kepercayaan dan pegangan…C.I.N.T.A yang dirasai cukup agung…

memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan

Saturday, November 19th, 2005

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu
hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji
tamar ‘Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat al-Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepadamereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari
mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun
sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.’
(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap
solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:
Ertinya: ‘Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri
dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan
solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk
menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!
Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan
keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi
sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."
(Riwayat al-Bukhari).

kenapa aku diuji…

Tuesday, November 15th, 2005

Pagi tadi bila check email salah satu email yang menarik perhatian ialah email ini…kadang-kadang kita selalu merungut atau mengeluh kenapa kita perlu berhadapan dengan pelbagai ujian atau mengapa hidup kita selalu susah…mengapa..uhhh……aku pun selalu mcm tu juga mudah sangat mengeluh..mungkin ini akan jadi peringatan dan ikhtibar buat diriku..sama-samalah kita kongsi.. jom baca

Kenapa aku diuji?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telahberiman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orangyang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216

Kenapa ujian seberat ini?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139

Bagaimana aku harus menghadapinya?
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di

medan

perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk".
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka….
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
dicuri dari-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!
……dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12

Manusia yang tidak ada masalah dalam hidupnya bukanlah dinamakan manusia, tetapi ‘robot bernyawa’ yang telah diprogramkan

Kebaikan Surah Kursi

Thursday, November 10th, 2005

Assalamualaikum…

Jumpa lagi kita …semuanya tentu tengah mood beraya lagikan. Baru Seminggu. sapa yang puasa enam tu ..hari semalam dah berhari raya…Sebenarnya ada satu artikel yang kita dapat melalui email rasanya sesuai dikongsikan bersama-sama. Faedah mengamalkan bacaan ayat Kursi…

amalkan selalu……insyaallah akan dapat hidayahnya……

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor

syaitan yg duduk diatas  pintu rumah. Tugasnya ialah

utk menanam keraguan di hati suami terhadap  kesetiaan

isteri di rumah dan keraguan di hati

isteri terhadap  kejujuran suami di luar rumah. Sebab

itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah

Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.

Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam

itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila

berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan

dua orang Malaikat memeliharanya  hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap

sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah

SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap

sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk

syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika

hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke

atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah

disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2

sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia

setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang

yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan 

padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar

rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat

kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan

mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir

sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan

rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang

bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika

dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi

pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.

bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…"