kecintaan

Bunga melati bunga di darat
bunga seroja di tepi kali
Hina besi kerana karat
hina manusia tidak berbudi

Bagaimana hendak saya longgokkan
sekam ditaruh dalam salang
Bagaimana hendak saya sorokkan
manikam jatuh cahayanya terang

Sayang selasih dibuat main
air perigi dingin terasa
Sayang hati tidak pada yang lain
walau tuan jauh dimata

Segak gagah putera bistari
puteri manja kesayangan ratu
Seri wajahmu igauan mimpi
senyum kerlingan penawar rindu

pantun melayu..menarikkan..cantik bahasanya. pantun, syair, sajak, gurindam, seloka..dah lama aku tak menghabiskan masa dengan menghayati semua ini. Sibuk..satu asalan yang mungkin dicipta. kerugian..kerana alasan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab kecintaanku makin terkubur. buntu rasanya bila ingin meluahkan sesuatu dalam bentuk yang lembut dan terindah. puisi melayu membayangkan betapa jiwa dan peribadi bangsa itu lembut namun terserlah ketegasannya. moga aku dapat membahagikan masa antara tanggungjawab dan tugasku dengan baik untuk memberi sedikit ruang pada diriku bercinta dengan bahasa dan seni. ketenangan dan kedamaian ada padanya. kebanggaan kepada seni warisanku. membuai perasaan. membangkit semangat dan kecintaan. 

2 Responses to “kecintaan”

  1. Nini Says:

    membangkit semangat keCintaaan pada sapa…..ni?negara.,jiewa dan raGa….

  2. johana Says:

    kecintaan pada keluarga..kawan2..bangsa dan negara..semua elemen tu penting

Leave a Reply