Archive for April, 2006

Sebiji epal

Wednesday, April 19th, 2006

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun dipucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar selera. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih belum dipetik orang? Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apakah kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku ya ng berkilau dan kulitku licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang bergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang. Yang sudah dicuit-cuit dibelek-belek dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar risau. Daripada risau bertukar menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan…akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak.

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat malu. Apabila hilang malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakannya yang lain. 

kata-kata

Monday, April 10th, 2006

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.

Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita kejalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

happy anniversary

Monday, April 10th, 2006

Imag0023_1

happy aniversary mak n ayah..ini tahun yang ke 28 (atas kek silap tulis 27). saja celebrate lewat seminggu buat suprise..hehehe..mak n ayah memang tak jangka pun…semoga mak dan ayah kekal berbahagia dengan ikatan perkahwinan ini bersama dengan anak-anak yang nakal dan degil (terutama akula tapi aku yg paling sentimental…i’m the eldest but i act like i’m the youngest - mak dan ayah selalu kata kat aku). mak dan ayah our idol n spirit. we love both of u very much.